Thursday, October 21, 2010

Bahasa murid-murid pemulihan khas


Apabila berbicara soal bahasa terbayang di benak kita tentang sesuatu pengucapan yang sering kita ucapkan apabila bertemu dengan orang lain.Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Keupayaan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi kepada orang lain. Kita sering menyebut perkataan ”bahasa”, tapi apakah makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri? Justeru, kita mestilah mengetahui bagaimana bahasa itu wujud.

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Menurut Jabatan Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia  kanak-kanak masalah pembelajaran ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif  (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Mengikut tulisan Mohd. Sharani dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak yang susah belajar (2006) menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan  bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain yang seusia dengan mereka. Kebanyak mereka dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran sejak di tahun pertama persekolahan mereka lagi. Terdapat dua petunjuk utama  untuk mengenali masalah pembelajaran mereka iaitu:
Pertama: Walalupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan dan lemah.  Ini disebabkan tahap perkembangan  mereka menyerupai kanak-kanak yang lebih muda beberapa tahun daripada mereka.
Kedua:  Perkembangan mereka tertunda.  Ini disebabkan mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran vokasional mereka. Ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran ialah seperti berikut:
·      Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M)
·      Keliru dengan nombor 13 dan 31, p dengan q, dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf.
·      Sukar mengikut arahan.
·      Gangguan emosi.
·      mempunyai darjah kecerdasan di antara 70 hingga 80.
·      Tidak ada motivasi, pemalu, penakut, mudah terganggu.
·      Selalu gagal dalam latihan dan ujian, dan lain-lain lagi.
Dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas seperti Down Syndrom, autisme, kurang upaya dalam pembelajaran (LD), kanak-kanak ADHD, kanak-kanak pintar cerdas, disleksia dan lain-lain lagi. Dalam tugasan yang diberikan ini, saya memilih kanak-kanak masalah pembelajaran  Disleksia dan Autisme.

2.0  Kanak-kanan Disleksia
Dalam tugasan ini penulis memilih Nur Akmal Bin Abu murid bermasalah pembelajaran yang sedang belajar di kelas pendidikan khas Integrasi yang sekarang berusia 9 tahun. Beliau dikesan mengalami disleksia ketika berusia 6 tahun ketika berada di kelas tadika. Untuk mendapatkan butiran dan maklumat murid ini, penulis telah membuat satu kajian kes dengan menemu duga ibu bapa dan gurunya di sebuah sekolah kebangsaan integrasi yang mempunyai kelas pendidikan khas. Segala butir-butir diri tentang murid ini adalah mendapat kebenaran guru dan ibu bapanya. Nama Nur Akmal Bin Abu adalah nama samaran sahaja
Semasa lahir ke dunia ini Nur Akmal tidak menunjukkan sebarang keganjilan samada dari segi fizikal mau pun mental. Beliau telah melalui tahap-tahap perkembangan yang normal semasa usia 0 hingga 4 tahun. Menurut ibunya, beliau mengalami sedikit kemunduran dalam berinteraksi dan pergerakan motornya juga agak  mundur berbanding rakan seusianya ketika berusia 5 tahun, contohnya beliau sukar menganyuh basikal seperti rakan-rakan yang seusia dengannya, atau berlari pantas seperti mereka. Beliau juga kelihatan lemah dalam kemahiran gerakan kasar, contohnya. sentiasa melanggar barang  di kawasan sekitar, begitu juga sukar membaling atau menangkap bola apabila bermain dengan rakan-rakan sebayanya

       Disleksia  adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran” dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa maksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Menurut definisi Senders dan Myers (1996) kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis, dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor  dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau simbol matematik. Melibatkan campuran beberapa kesukaran yang berhubungkait. Cantuman kesukaran berbeza-beza contoh. kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah kemahiran kawalan otot. Lemah daya ingatan dan/atau kemahiran susunan.

       Mengikut kajian yang dijalankan oleh Dr. Galaburda, dalam buku ’apa itu Disleksia’ menyatakan susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa. Apabila dilahirkan, manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya. Oleh itu dapat dikatakan masalah disleksia ialah masalah keturunan. Sesungguhnya kehadiran kanak-kanak ini biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia. Kanak-kanak disleksia ini tidak mengalami sebarang kecacatan lain dan tahap kecerdasan mereka juga adalah pada tahap normal. Program disleksia mula diberi perhatian dalam pendidikan di Malaysia.  Malah Jabatan Pendidikan Khas telah berusaha mewujudkan Unit Disleksia bagi membantu  kanak-kanak Disleksia.

2.2 Masalah yang dihadapi murid Diklesia.
Muhd. Nur Ikmal mempunyai masalah seperti di bawah:
*        Keciciran huruf
Dalam kes ini huruf-huruf dicicirkan secara rawak dan hanya perkataan yang penting yang tinggal, contohnya mandi akan jadi madi.
*        Keciciran Perkataan Penting
Dalam kes ini pula perkataan-perkataan penting dicicirkan, contohnya saya mahu makan nasi, akan jadi saya mahu nasi.
*        Terbalik atas bawah (Inversion)
Perkataan-perkataan yang ditulis kelihatan terbalik tunggang –langgang.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Galaburda, susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa seperti contoh di bawah.

                                            (sumber:
      Orang disleksia lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara berfikir dan belajar mereka berlainan
      lemah dalam kemahiran  bahasa, logik, turutan dan struktur
      Membawa kesan yang berbeza, pada darjah/tahap yang berbeza, kepada individu yang berbeza
      10-15% mengalami masalah tahap ringan 4% mengalami masalah yang teruk Lebih ramai kanak-kanak lelaki, berbanding perempuan, lebih kurang dengan nisbah 3:1

Kunci utama untuk mengecam kanak-kanak disleksia ialah kepincangan dari segi:
☺ fahaman lisan baik tetapi lemah dalam bacaan
☺ bertutur dengan fasih, boleh bercerita, tetapi kerja tulisan lemah
☺ pencapaian yang jauh berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan

2.3  Tahap perkembangan kanak-kanak  yang dikaji (Disleksia) .
      Penulis ingin menghuraikan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak disleksia antara usia 6 hingga 12 tahun seperti  yang dibuat melalui pengumpulan data melalui kajian kes yang dijalankan ke atasnya melalui temubual dan pemerhatian  secara berstruktur.
Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak boleh memakai bajunya sendiri, mengenal huruf-huruf a hingga z,  boleh mengira 1 hingga 10, mempunyai kemahiran untuk menulis dan melakar dengan baik. Semasa kanak-kanak mulai masuk ke alam persekolahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan  menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna.
 Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan. Tetapi berbeza dengan Nur Akmal ini, kerana menurut ibu bapanya, hasil pemerhatian mereka mendapati beliau tidak dapat mengingat huruf-huruf a hingga z walaupun diajarnya setiap hari. Beliau menjadi mudah lupa, walaupun ia kelihatan seperti murid yang pintar. Begitu juga dalam berbahasa mereka kelihatan lambat, atau menghadapi kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau cenderung salah  guna perkataan dan tidak memahami arahan walaupun di terang berkali-kali. Hasil temuduga dengan gurunya pula, beliau menyatakan bahawa anak muridnya mempunyai tahap perkembangan bahasa dan kognitif yang lambat berbanding dengan rakan sebayanya. Di antara ciri-ciri yang ada pada Nur Akmal yang dapat dikesan semasa beliau berada di pra sekolah  semasa berusia 5-6  tahun sehinggalah sekarang beliau berusia 9 tahun ialah dari segi:

a) bahasa
* Sering mencampur-adukkan bunyi suku kata dalam perkataan yang panjang contohnya  ’hostipal’ apabila ingin menyebut hospital.
* Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir yang sama, contohnya apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi akhirannya dengan ’topi’ seperti ’ api ’ mereka akan memberi jawapan yang salah seperti ’ baju.’
* Mengalami kesukaran yang ektrim  dalam mempelajari tulisan bersambung
* Bacaan yang lambat dan terputus-putus dan sebutan tidak tepat
* Selalu suka meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya
* Mencirikan ataupun salah baca kata penghubung seperi di , pada
* Mengabaikan kata awalan semasa membaca
* Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpainya.
* Kesukaran menggunakan bahasa yang tepat semasa bertutur seperti menggunakan  ’eer... apa tu...
* Keliru dengan huruf d dan b
* lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan
* kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u
* meninggalkan huruf-huruf tertentu seperti ‘ makan ‘ ditulis  ‘makn’
* menambah huruf seperti  ’ ikan’  ditulis  ’ iekan’
* menulis dengan susunan yang terbalik seperti   ’dan’ ditulis  ’ nad ’
* keliru dengan huruf-huruf vokal seperti ’ a, e, i, o, u.
* Membalikkan suku kata seperti  ’sama ’ ditulis ’ masa’

3.0  Kanak-kanak Autisme
Kanak-kanakAutisme merupakan kanak-kanak yang ganjil, boleh didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Leo Kanner (1943) telah mengkaji tentang kanak-kanak Autisme pada tahun tersebut sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”. Kanak-kanak Autisme yang dipilih merupakan murid tahun 4 di sebuah sekolah integrasi di daerah Bukit Mertajam.Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius
oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan
Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20
orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya. Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang
sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi
ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek,
Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya. Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah
ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah
untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Hasil temubual dengan ibu bapanya mendapati anak mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
3.1  Masalah bahasa murid Autisme
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
• Jarang menggunakan bahasa.
• Sukar diajak bercakap.
• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.

3.2 Tingkah Laku
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-
nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang
reaksi.







4.0  Kemahiran Bahasa Melayu (membaca)





























5.0  Rancangan Pengajaran Harian
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Perancangan perlu dilakukan untuk    
  • memenuhi masa yang diperuntukan
  • menepati kehendak objektif/matlamat
  • berkesan sepanjang waktu pengajaran
  • menarik perhatian dan tidak membosankan
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan ini dibuat berdasarkan rancangan Tahunan
  • Butiran yang perlu ada ialah :
    • Hari dan tarikh
    • Mata pelajaran dan tingkatan
    • Masa
    • Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
    • Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Di bawah ialah Rancangan Pengajaran Harian untuk murid Disleksia.








Kelas:                                                  3 Maju
Mata Pelajaran:                                   Bahasa Melayu
Tarikh:                                                 25 Februari 2010
Masa:                                                   8.40 – 9.40 pagi
Bilangan murid:                                  6 orang (3 orang Disleksia, 2 orang Slow learner,     
                                                            Seorang Down Sindrom)
Tajuk:                                                  Membina suku kata terbuka (KV)
Kemahiran:                                          4.0  membaca suku kata (KV)
4.1    membina dan membaca suku kata terbuka (KV)

Penggabungjalinan isi kandungan:      4.1.1  Suku kata
3.3.1  Bentuk dan bunyi suku kata

Hasil Pembelajaran:                            Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
                                                           dapat:
                                                           Kumpulan 1 (Autisme, Slow learner)
i   Membina dan membaca 5 suku kata terbuka ‘kv’.
                                                           ii. Menyalin dan menulis 5 suku kata terbuka   
                                                               dengan betul berdasarkan gambar  
Kumpulan 2 (Disleksia, Down Sindrom)                                i   Membina dan membaca 6 suku kata terbuka ‘kv’.
                                                           ii. Menyalin dan menulis 6 suku kata terbuka   
                                                               dengan betul berdasarkan gambar  

Pengetahuan Sedia Ada:                     Murid pernah menyebut dan membunyikan   
                                                            perkataan dengan suku kata terbuka seperti: topi .

Perentasan Kurikulum:                        Sains
Penerapan Nilai:                                  mendengar arahan, yakin diri, berani
Unsur Terapi :                                     pertuturan, cara kerja
Bahan Bantu Mengajar:                      Kad huruf, carta suku kata, komputer riba,



Langkah

Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)
1. Guru menunjukkan sebuah kotak ajaib kepada murid-murid.
2. Kemudian, guru menyuruh murid untuk duduk dalam bentuk semi bulatan.
3. Guru menyuruh enam orang murid dan setiap orang mengambil satu kad daripada kotak ajaib tersebut
1.Guru menyuruh salah seorang daripada murid tersebut ke hadapan untuk membuka kad tersebut dan menunjukkannya kepada rakan-rakan yang lain.
2. Guru meminta murid-murid untuk mengenalpastikan huruf yang ditunjukkan. .
4.Kemudian, guru meminta semua murid membunyikan huruf-huruf tersebut (Cth: “ma” ”ta” lo” ku”)

Teknik: simulasi
Terapi:
Pertuturan
Nilai:
Yakin diri
berani
BBB
Kad huruf
Suku kata

Langkah 1

(10 minit)

i)  Gambar kaku:
     kuku
ii) soalan guru:
    Apakah nama benda ini?
iii) memadankan suku kata
     membentuk perkataan
contoh:

ku ------ ku

kuku

1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ ku, ma, ba, ta, te, ko”.
2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru.
3. Murid juga mengeja suku kata secara individu.
4. Murid membaca suku kata tersebut secara beramai-ramai.
5. Akhir sekali, murid mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna



Teknik:
Latih tubi
Terapi:
Pertuturan
Nilai:
Mendengar arahan

BBB
Carta gambar

Langkah 2


i.  Gambar kaku:
    mata
ii. Guru soal murid
    Apakah nama benda ini?
iii. murid membuat padanan
     suku kata tersebut.

Contoh:
ma-------- ta
mata

1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ lo, ri, ba, yi, te, ko, to, pi, ba, ju, fo dan to“.
2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru.
3. Murid juga mengeja suku kata secara individu.
4. Murid membaca suku kata tersebut secara beramai-ramai.
5. Akhir sekali, murid mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna



Teknik:
Sumbangsaran
Terapi:
cara kerja
Nilai:
Yakin diri
BBB
Kad suku kata

Langkah 3

Kumpulan 1:
Mencantum 5 suku kata
Contoh:
ba ------- ju 
mu-------ka
lo --------ri   
ci--------ku
ra--------ga

Kumpulan 2:
(1)     membunyikan suku kata
(2)     memadankan suku kata berpandukan gambar.


Kumpulan 1:
  Guru mengedarkan kad suku
  kata dan membimbing murid
  menyusun dan memadan suku   
  kata tersebut. 



Kumpulan 2:
(i)  Guru memberi kad suku kata
      dan membimbing mereka
      mengeja suku kata tersebut

(ii) Guru menunjukkan kad
      gambar dan meminta murid
      memadankan suku kata
      berpandukan gambar
      tersebut

(iii) Murid diminta mengeja
      dan menyebutnya secara
      ramai.




Teknik:
Latih tubi
sumbangsaran

Terapi:
Cara kerja
Pertuturan

Nilai:
Yakin
Berani
BBB
Kad carta


Langkah 4

Kumpulan 1
Contoh kad perkataan:





t
a
Kumpulan 2
Contoh kad gambar

pa _ _






Kumpulan 1
Murid diberi kad perkataan  dan mengisi suku kata yang sesuai.

Kumpulan 2
Murid diberi kad gambar dan meminta murid mengisi suku kata yang tertinggal
Murid melengkapakan suku kata tersebut.


Teknik:
Cuba jaya
Terapi:
Cara kerja
Nilai:
Yakin
BBB
Kad perkataan
Kad gambar


Penutup

Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi kad gambar dengan suku kata.
Murid dikehendaki melengkapkan 6 suku kata tersebut.

Guru membuat rumusan dan meminta murid melengkapkan suku kata tersebut dengan bantuan guru.

Teknik:
Soal jawab
Terapi:
Cara kerja
Nilai:
Berusaha
BBB:
Lembaran kerja

No comments:

Post a Comment