Thursday, October 21, 2010

Bahasa murid-murid pemulihan khas


Apabila berbicara soal bahasa terbayang di benak kita tentang sesuatu pengucapan yang sering kita ucapkan apabila bertemu dengan orang lain.Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Keupayaan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi kepada orang lain. Kita sering menyebut perkataan ”bahasa”, tapi apakah makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri? Justeru, kita mestilah mengetahui bagaimana bahasa itu wujud.

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Menurut Jabatan Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia  kanak-kanak masalah pembelajaran ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif  (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Mengikut tulisan Mohd. Sharani dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak yang susah belajar (2006) menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan  bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain yang seusia dengan mereka. Kebanyak mereka dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran sejak di tahun pertama persekolahan mereka lagi. Terdapat dua petunjuk utama  untuk mengenali masalah pembelajaran mereka iaitu:
Pertama: Walalupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan dan lemah.  Ini disebabkan tahap perkembangan  mereka menyerupai kanak-kanak yang lebih muda beberapa tahun daripada mereka.
Kedua:  Perkembangan mereka tertunda.  Ini disebabkan mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran vokasional mereka. Ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran ialah seperti berikut:
·      Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M)
·      Keliru dengan nombor 13 dan 31, p dengan q, dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf.
·      Sukar mengikut arahan.
·      Gangguan emosi.
·      mempunyai darjah kecerdasan di antara 70 hingga 80.
·      Tidak ada motivasi, pemalu, penakut, mudah terganggu.
·      Selalu gagal dalam latihan dan ujian, dan lain-lain lagi.
Dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas seperti Down Syndrom, autisme, kurang upaya dalam pembelajaran (LD), kanak-kanak ADHD, kanak-kanak pintar cerdas, disleksia dan lain-lain lagi. Dalam tugasan yang diberikan ini, saya memilih kanak-kanak masalah pembelajaran  Disleksia dan Autisme.

2.0  Kanak-kanan Disleksia
Dalam tugasan ini penulis memilih Nur Akmal Bin Abu murid bermasalah pembelajaran yang sedang belajar di kelas pendidikan khas Integrasi yang sekarang berusia 9 tahun. Beliau dikesan mengalami disleksia ketika berusia 6 tahun ketika berada di kelas tadika. Untuk mendapatkan butiran dan maklumat murid ini, penulis telah membuat satu kajian kes dengan menemu duga ibu bapa dan gurunya di sebuah sekolah kebangsaan integrasi yang mempunyai kelas pendidikan khas. Segala butir-butir diri tentang murid ini adalah mendapat kebenaran guru dan ibu bapanya. Nama Nur Akmal Bin Abu adalah nama samaran sahaja
Semasa lahir ke dunia ini Nur Akmal tidak menunjukkan sebarang keganjilan samada dari segi fizikal mau pun mental. Beliau telah melalui tahap-tahap perkembangan yang normal semasa usia 0 hingga 4 tahun. Menurut ibunya, beliau mengalami sedikit kemunduran dalam berinteraksi dan pergerakan motornya juga agak  mundur berbanding rakan seusianya ketika berusia 5 tahun, contohnya beliau sukar menganyuh basikal seperti rakan-rakan yang seusia dengannya, atau berlari pantas seperti mereka. Beliau juga kelihatan lemah dalam kemahiran gerakan kasar, contohnya. sentiasa melanggar barang  di kawasan sekitar, begitu juga sukar membaling atau menangkap bola apabila bermain dengan rakan-rakan sebayanya

       Disleksia  adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran” dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa maksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Menurut definisi Senders dan Myers (1996) kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis, dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor  dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau simbol matematik. Melibatkan campuran beberapa kesukaran yang berhubungkait. Cantuman kesukaran berbeza-beza contoh. kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah kemahiran kawalan otot. Lemah daya ingatan dan/atau kemahiran susunan.

       Mengikut kajian yang dijalankan oleh Dr. Galaburda, dalam buku ’apa itu Disleksia’ menyatakan susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa. Apabila dilahirkan, manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya. Oleh itu dapat dikatakan masalah disleksia ialah masalah keturunan. Sesungguhnya kehadiran kanak-kanak ini biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia. Kanak-kanak disleksia ini tidak mengalami sebarang kecacatan lain dan tahap kecerdasan mereka juga adalah pada tahap normal. Program disleksia mula diberi perhatian dalam pendidikan di Malaysia.  Malah Jabatan Pendidikan Khas telah berusaha mewujudkan Unit Disleksia bagi membantu  kanak-kanak Disleksia.

2.2 Masalah yang dihadapi murid Diklesia.
Muhd. Nur Ikmal mempunyai masalah seperti di bawah:
*        Keciciran huruf
Dalam kes ini huruf-huruf dicicirkan secara rawak dan hanya perkataan yang penting yang tinggal, contohnya mandi akan jadi madi.
*        Keciciran Perkataan Penting
Dalam kes ini pula perkataan-perkataan penting dicicirkan, contohnya saya mahu makan nasi, akan jadi saya mahu nasi.
*        Terbalik atas bawah (Inversion)
Perkataan-perkataan yang ditulis kelihatan terbalik tunggang –langgang.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Galaburda, susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa seperti contoh di bawah.

                                            (sumber:
      Orang disleksia lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara berfikir dan belajar mereka berlainan
      lemah dalam kemahiran  bahasa, logik, turutan dan struktur
      Membawa kesan yang berbeza, pada darjah/tahap yang berbeza, kepada individu yang berbeza
      10-15% mengalami masalah tahap ringan 4% mengalami masalah yang teruk Lebih ramai kanak-kanak lelaki, berbanding perempuan, lebih kurang dengan nisbah 3:1

Kunci utama untuk mengecam kanak-kanak disleksia ialah kepincangan dari segi:
☺ fahaman lisan baik tetapi lemah dalam bacaan
☺ bertutur dengan fasih, boleh bercerita, tetapi kerja tulisan lemah
☺ pencapaian yang jauh berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan

2.3  Tahap perkembangan kanak-kanak  yang dikaji (Disleksia) .
      Penulis ingin menghuraikan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak disleksia antara usia 6 hingga 12 tahun seperti  yang dibuat melalui pengumpulan data melalui kajian kes yang dijalankan ke atasnya melalui temubual dan pemerhatian  secara berstruktur.
Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak boleh memakai bajunya sendiri, mengenal huruf-huruf a hingga z,  boleh mengira 1 hingga 10, mempunyai kemahiran untuk menulis dan melakar dengan baik. Semasa kanak-kanak mulai masuk ke alam persekolahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan  menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna.
 Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan. Tetapi berbeza dengan Nur Akmal ini, kerana menurut ibu bapanya, hasil pemerhatian mereka mendapati beliau tidak dapat mengingat huruf-huruf a hingga z walaupun diajarnya setiap hari. Beliau menjadi mudah lupa, walaupun ia kelihatan seperti murid yang pintar. Begitu juga dalam berbahasa mereka kelihatan lambat, atau menghadapi kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau cenderung salah  guna perkataan dan tidak memahami arahan walaupun di terang berkali-kali. Hasil temuduga dengan gurunya pula, beliau menyatakan bahawa anak muridnya mempunyai tahap perkembangan bahasa dan kognitif yang lambat berbanding dengan rakan sebayanya. Di antara ciri-ciri yang ada pada Nur Akmal yang dapat dikesan semasa beliau berada di pra sekolah  semasa berusia 5-6  tahun sehinggalah sekarang beliau berusia 9 tahun ialah dari segi:

a) bahasa
* Sering mencampur-adukkan bunyi suku kata dalam perkataan yang panjang contohnya  ’hostipal’ apabila ingin menyebut hospital.
* Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir yang sama, contohnya apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi akhirannya dengan ’topi’ seperti ’ api ’ mereka akan memberi jawapan yang salah seperti ’ baju.’
* Mengalami kesukaran yang ektrim  dalam mempelajari tulisan bersambung
* Bacaan yang lambat dan terputus-putus dan sebutan tidak tepat
* Selalu suka meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya
* Mencirikan ataupun salah baca kata penghubung seperi di , pada
* Mengabaikan kata awalan semasa membaca
* Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpainya.
* Kesukaran menggunakan bahasa yang tepat semasa bertutur seperti menggunakan  ’eer... apa tu...
* Keliru dengan huruf d dan b
* lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan
* kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u
* meninggalkan huruf-huruf tertentu seperti ‘ makan ‘ ditulis  ‘makn’
* menambah huruf seperti  ’ ikan’  ditulis  ’ iekan’
* menulis dengan susunan yang terbalik seperti   ’dan’ ditulis  ’ nad ’
* keliru dengan huruf-huruf vokal seperti ’ a, e, i, o, u.
* Membalikkan suku kata seperti  ’sama ’ ditulis ’ masa’

3.0  Kanak-kanak Autisme
Kanak-kanakAutisme merupakan kanak-kanak yang ganjil, boleh didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Leo Kanner (1943) telah mengkaji tentang kanak-kanak Autisme pada tahun tersebut sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”. Kanak-kanak Autisme yang dipilih merupakan murid tahun 4 di sebuah sekolah integrasi di daerah Bukit Mertajam.Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius
oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan
Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20
orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya. Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang
sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi
ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek,
Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya. Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah
ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah
untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Hasil temubual dengan ibu bapanya mendapati anak mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
3.1  Masalah bahasa murid Autisme
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
• Jarang menggunakan bahasa.
• Sukar diajak bercakap.
• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.

3.2 Tingkah Laku
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-
nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang
reaksi.







4.0  Kemahiran Bahasa Melayu (membaca)





























5.0  Rancangan Pengajaran Harian
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Perancangan perlu dilakukan untuk    
  • memenuhi masa yang diperuntukan
  • menepati kehendak objektif/matlamat
  • berkesan sepanjang waktu pengajaran
  • menarik perhatian dan tidak membosankan
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan ini dibuat berdasarkan rancangan Tahunan
  • Butiran yang perlu ada ialah :
    • Hari dan tarikh
    • Mata pelajaran dan tingkatan
    • Masa
    • Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
    • Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Di bawah ialah Rancangan Pengajaran Harian untuk murid Disleksia.








Kelas:                                                  3 Maju
Mata Pelajaran:                                   Bahasa Melayu
Tarikh:                                                 25 Februari 2010
Masa:                                                   8.40 – 9.40 pagi
Bilangan murid:                                  6 orang (3 orang Disleksia, 2 orang Slow learner,     
                                                            Seorang Down Sindrom)
Tajuk:                                                  Membina suku kata terbuka (KV)
Kemahiran:                                          4.0  membaca suku kata (KV)
4.1    membina dan membaca suku kata terbuka (KV)

Penggabungjalinan isi kandungan:      4.1.1  Suku kata
3.3.1  Bentuk dan bunyi suku kata

Hasil Pembelajaran:                            Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
                                                           dapat:
                                                           Kumpulan 1 (Autisme, Slow learner)
i   Membina dan membaca 5 suku kata terbuka ‘kv’.
                                                           ii. Menyalin dan menulis 5 suku kata terbuka   
                                                               dengan betul berdasarkan gambar  
Kumpulan 2 (Disleksia, Down Sindrom)                                i   Membina dan membaca 6 suku kata terbuka ‘kv’.
                                                           ii. Menyalin dan menulis 6 suku kata terbuka   
                                                               dengan betul berdasarkan gambar  

Pengetahuan Sedia Ada:                     Murid pernah menyebut dan membunyikan   
                                                            perkataan dengan suku kata terbuka seperti: topi .

Perentasan Kurikulum:                        Sains
Penerapan Nilai:                                  mendengar arahan, yakin diri, berani
Unsur Terapi :                                     pertuturan, cara kerja
Bahan Bantu Mengajar:                      Kad huruf, carta suku kata, komputer riba,



Langkah

Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 minit)
1. Guru menunjukkan sebuah kotak ajaib kepada murid-murid.
2. Kemudian, guru menyuruh murid untuk duduk dalam bentuk semi bulatan.
3. Guru menyuruh enam orang murid dan setiap orang mengambil satu kad daripada kotak ajaib tersebut
1.Guru menyuruh salah seorang daripada murid tersebut ke hadapan untuk membuka kad tersebut dan menunjukkannya kepada rakan-rakan yang lain.
2. Guru meminta murid-murid untuk mengenalpastikan huruf yang ditunjukkan. .
4.Kemudian, guru meminta semua murid membunyikan huruf-huruf tersebut (Cth: “ma” ”ta” lo” ku”)

Teknik: simulasi
Terapi:
Pertuturan
Nilai:
Yakin diri
berani
BBB
Kad huruf
Suku kata

Langkah 1

(10 minit)

i)  Gambar kaku:
     kuku
ii) soalan guru:
    Apakah nama benda ini?
iii) memadankan suku kata
     membentuk perkataan
contoh:

ku ------ ku

kuku

1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ ku, ma, ba, ta, te, ko”.
2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru.
3. Murid juga mengeja suku kata secara individu.
4. Murid membaca suku kata tersebut secara beramai-ramai.
5. Akhir sekali, murid mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna



Teknik:
Latih tubi
Terapi:
Pertuturan
Nilai:
Mendengar arahan

BBB
Carta gambar

Langkah 2


i.  Gambar kaku:
    mata
ii. Guru soal murid
    Apakah nama benda ini?
iii. murid membuat padanan
     suku kata tersebut.

Contoh:
ma-------- ta
mata

1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ lo, ri, ba, yi, te, ko, to, pi, ba, ju, fo dan to“.
2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru.
3. Murid juga mengeja suku kata secara individu.
4. Murid membaca suku kata tersebut secara beramai-ramai.
5. Akhir sekali, murid mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna



Teknik:
Sumbangsaran
Terapi:
cara kerja
Nilai:
Yakin diri
BBB
Kad suku kata

Langkah 3

Kumpulan 1:
Mencantum 5 suku kata
Contoh:
ba ------- ju 
mu-------ka
lo --------ri   
ci--------ku
ra--------ga

Kumpulan 2:
(1)     membunyikan suku kata
(2)     memadankan suku kata berpandukan gambar.


Kumpulan 1:
  Guru mengedarkan kad suku
  kata dan membimbing murid
  menyusun dan memadan suku   
  kata tersebut. 



Kumpulan 2:
(i)  Guru memberi kad suku kata
      dan membimbing mereka
      mengeja suku kata tersebut

(ii) Guru menunjukkan kad
      gambar dan meminta murid
      memadankan suku kata
      berpandukan gambar
      tersebut

(iii) Murid diminta mengeja
      dan menyebutnya secara
      ramai.




Teknik:
Latih tubi
sumbangsaran

Terapi:
Cara kerja
Pertuturan

Nilai:
Yakin
Berani
BBB
Kad carta


Langkah 4

Kumpulan 1
Contoh kad perkataan:





t
a
Kumpulan 2
Contoh kad gambar

pa _ _






Kumpulan 1
Murid diberi kad perkataan  dan mengisi suku kata yang sesuai.

Kumpulan 2
Murid diberi kad gambar dan meminta murid mengisi suku kata yang tertinggal
Murid melengkapakan suku kata tersebut.


Teknik:
Cuba jaya
Terapi:
Cara kerja
Nilai:
Yakin
BBB
Kad perkataan
Kad gambar


Penutup

Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi kad gambar dengan suku kata.
Murid dikehendaki melengkapkan 6 suku kata tersebut.

Guru membuat rumusan dan meminta murid melengkapkan suku kata tersebut dengan bantuan guru.

Teknik:
Soal jawab
Terapi:
Cara kerja
Nilai:
Berusaha
BBB:
Lembaran kerja

bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan khas

Murid-murid berkeperluan khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding dengan murid-murid biasa. Keadaan ini menyebabkan guru-guru pendidikan khas perlu mempunyai ilmu pendidikan dan kemahiran yang lebih untuk membimbing kanak-kanak ini. Mengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan yang lain sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubah-suai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Disebabkan masalah-masalah ini maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah patutlah ditubuhkan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai matlamat proses bimbingan dan kaunseling. Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.Corey(1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu

Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri  dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Justeru, penubuhan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk murid-murid berkeperluan khas sangatlah diperlukan.


2.0   Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling ditubuhkan

  • menolong individu untuk memahami diri dan dunianya serta membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri, lebih-lebih lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial
  • untuk membimbing  murid-murid yang berkeperluan khas itu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik mungkin agar mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah dan melalui proses pendidikan.
  • membantu kepada murid-murid khas untuk memahami dan menyesuaikan diri kepada keadaan sebenar diri mereka pada kadar jangka panjang dan berterusan demi mencapai matlamat pendidikan mereka.
  • Untuk memberi ruang kepada murid-murid khas mengenal diri dan membangunkan potensi diri tanpa bergantung harap kepada orang lain.  

2.1  Matlamat dan Objektif Penubuhan
  • Membantu murid-murid khas merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan kemahiran tertentu untuk memasuki bidang pekerjaan yang bersesuaian di Jabatan-jabatan Kerajaan, kilang-kilang, firma-firma.
  • Membantu murid-murid daripada terjebak ke dalam masalah penagihan dadah
  • Membantu ibu bapa dalam hal kebajikan anak-anak mereka
  • Mengadakan prosedur yang sistematik dalam merujuk kes-kes
            tertentu kepada agensi-agensi, pakar-pakar, pegawai-pegawai kebajikan
  • Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
  • Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri
  • Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta membentuk tabiat belajar dengan baik dan berkesan.
2.2    Carta Organisasi Ahli Jawatan Kuasa perkhidmatan bimbingan dan kaunselin
Carta Organisasi Unit Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah
Text Box: Pengerusi
Guru Besar
                                                             
Text Box: Timbalan Pengerusi
Penolong Kanan HEM

Text Box: Naib Pengerusi
Guru Kanan mata pelajaran

Text Box: Setiausaha
Guru Kanan B/ Kaunseling

Text Box: Naib Setiausaha
Guru B/ Kaunseling

Text Box: AHLI
JAWATANKUASA

Text Box: GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORALText Box: KETUA GURU DISIPLIN
GURU KEBAJIKAN
GURU PENYELARAS
GURU KELAS







2.3   Kos Penyediaan Kemudahan dan prasarana bilik kaunseling
Bil
Items
Kuantiti
Kos
(RM)
A
         Kelengkapan Bilik




1.
Almari cermin berkunci
1 buah
200
00

2.
Rak bahan rujukan murid
1 buah
200
00

3.
Set sofa
1 set
700
00

4.
Kipas berdiri
1 buah
180
00

5.
Komputer
1 set
2600
00

6.
Radio Kaset
1 set
350
00

7.
Bakul sampah
1 buah
    2
00

9.
Televisyen
1 unit
 700
00

10
Meja serbaguna
1 buah
300
00

11.
Papan Tanda
1 buah
  40
00

12.
Jam dinding
1 buah
  20
00

B
Alatan Keceriaan




1.
Langsir dan alas meja
1 set
300
00

2.
Permaidani
1 helai
200
00

3.
Gambar motivasi
2 unit
40
00

4.
Lukisan
3 unit
100
00

C
Bahan-bahan rujukan




1.
Buku-buku motivasi
3 buah
100
00

2.
Buku-buku umum rujukan
10 buah
100
00



JUMLAH


































Jumlah keseluruhan untuk kos penyediaan kemudahan dan prasarana bilik kaunseling adalah dianggarkan sebanyak. Sumber kewangan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah melalui:

        i.            Geran perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling

    ii.     Sumbangan PIBG sekolah
    iii.    Lain-lain sumbangan agensi berkaitan
Untuk mendapatkan kewangan ini Unit Bimbingan dan Kaunseling mestilah melalui beberapa prosedur seperti:

*      Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
*      Menyediakan kertas cadangan program yang melibatkan kewangan beserta anggaran perbelanjaan dan pendapatan
*      Membentangkan program yang akan dilaksanakan di dalam mesyuarat pengurusan sekolah berkaitan
*      Memohon sumber kewangan
*      Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan keseluruhan
*      Menyediakan laporan kewangan program
*      Menyimpan rekod dan inventori












2.4  Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Bil
Bulan
Program/aktiviti
Minggu
Sasaran
Tindakan

1.






Jan

Penubuhan unit Bimbingan dan kaunseling

Minggu 1

Semua murid
Guru Biimbingan dan Kaunseling (GBK)
2
Penyediaan borang dan inventori
Minggu 2
AJK unit BK
GBK
AJK
3
Suaikenal murid Tahun 1
Minggu 2
Semua tahun 1
GBK dan semua AJK
4
Orientasi murid Pra Sekolah
Minggu 3
Semua murid Pra sekolah
Guru Pra sekolah
5
Perjumpaan ibu bapa murid
Minggu 4
Semua murid
GBK dan semua guru
6






Feb



Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Minggu1
Semua ahli
GBK
7


Program Keibubapaan/Kaunseling keluarga


Minggu 2
Semua murid tahun 1 dan ibu bapa
AJK
GBK
Guru Tahun 1
8
Pelancaran Program Mentor-mentee Tahun 1
Minggu 3
Murid tahun 1
GBK
Guru Kelas tahun 1
9
Ceramah kesihatan diri
Minggu 3
Murid tahun 1
GBK
Guru kelas dan m/pelajaran
10




Mac
Bengkel mengenal potensi diri
Minggu1
Semua murid tahap 2
GBK
Guru kelas
11
Bengkel kemahiran belajar/
Kaunseling individu/kelompok
Minggu 2
Semua murid tahap 2
GBK Semua guru tahap 2
12
Kempen keceriaan kelas
Minggu4
Semua murid
Guru kelas
13


April
Perlanatikan PRS
Minggu1
Ahli PRS
GBK
14
Kaunseling individu/kelompok
Minggu 2
Murid tahun 6
GBK
Guru tahun 6
15
Program Sekolah Selamat
Minggu 3
Semua guru
GBK
16
Minggu Sahsiah Terpuji
Minggu 4
Murid ponteng
GBK
Semua guru kelas
17




Mei
Penerapan Input Psikososial dan kesejahteraan mental
Minggu1
Semua murid
Semua guru
18
Lawatan Sambil Belajar 1
Minggu 2
Semua murid
Semua guru kelas
19
Mesyuarat AJK BK
Minggu 3
Semua AJK
GBK
20
Kempen Jalan raya 1
Minggu 4
Semua murid
GBK
Guru Kelas
21



Jun
Laporan Pencapaian Kendiri
Minggu1
Semua murid
Guru kelas
22
Laporan ½ tahun unit BK
Minggu 1
JPN/PPD
Guru Besar

23
Terapi kesihatan/pertuturan
Minggu3
Peg. Kesihatan
Guru Kelas
24
Terapi kesihatan/ fizikal
Minggu 4
Peg. Kesihatan
Guru Kelas
25





Julai
Kempen Sekolah sihat
Minggu 1
Semua guru dan pembantu
GBK
Guru kelas
Pembantu guru
26
Kempen pencegahan Dadah
Minggu 2
Semua murid tahap 2
GBK
Semua guru
27
Penerapan kesejahteraan mental
Minggu 3
Murid tahap 2
GBK
Guru kelas



28

Mesyuarat AJK BK 2

Minggu 4

AJK BK

GBK


29








Ogos
Ceramah kesihatan Diri
Minggu 1
Semua murid
GBK
Semua guru

30
Perjumpaan waris /kaunseling keluarga
Minggu 2
Semua ibu bapa murid tahap 1 dan 2
GBK
Semua murid
31
Kaunseling individu/kelompok
Minggu 2
Murid terlibat
GBK
32
Kem kesejahteraan diri/keagaam/tadarus/azan/hafazan
Minggu 3
Semua murid tahap 2
BK
33
Aktiviti sambutan kemerdekaan
Minggu 4
Semua murid tahap2
GBK
Guru kelas
34




Sept
Ceramah awal remaja
Minggu 3
Semua murid tahap 2
GBK
Semua guru tahap 2
35
Program mengenal potensi diri
Minggu 3
Semua murid tahap 2
GBK
Semua guru tahap 2
36
Ceramah kemasukan ke sekolah menengah
Minggu 4
Ibu bapa murid
Tahap 2

GBK
37




Okt
Program lawatan 2
Minggu 1
Murid tahap 2
Guru kelas
38
Khidmat Konsultan Ibu bapa
Minggu 2
Semua ibu
GBK
Guru kelas
39
Program lawatan ke rumah
Minggu 3
Murid miskin
GBK
Guru kelas

40

Program pemulihan bacalah sayang

Minggu 4
Semua murid lembam tegar
GBK
Guru mata pelajaran
41



Nov
Kemaskini bilik dan fail murid
Minggu 1
GBK
GBK
42
Program Keceriaan kelas/sekolah
Minggu 2
Semua murid
Semua guru

43

Perancangan program tahun 2011

Minggu 3
AJK
Guru kelas
GBK
Guru Kelas
AJK

(sumber:Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah  dan menengah)



Disediakan oleh,                                      Disemak oleh,

..........................                                     ....................................





3.0 Teks ceramah tentang keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang dihormati Yang Di Pertua PIBG, tuan-tuan, puan-puan dan guru-guru yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk memberi sedikit pendedahan tentang kepentingan unit bimbingan dan kaunseling ditubuhkan di sekolah ini untuk membantu anak-anak yang bermasalah pembelajaran.

Para hadirin yang dimuliakan.

Sebelum saya memulakan ceramah saya ini, terlebih dahulu saya akan menceritakan sedikit tentang sejarah bimbingan dan kaunseling ini kepada tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini telah bermula dalam tahun 1960-an lagi apabila konsep Guru Panduan Kerjaya diperkenalkan ke dalam sistem persekolahan Malaysia.Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mempelopori perkhidmatan panduan kerjaya pada tahun-tahun sebelum dan selepas Malaya Merdeka pada tahun 1957, hanya selepas tahun 1960 baharu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertapak apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling tentang kepentingan perkhidmatan ini di sekolah-sekolah. Dalam tahun 1961, Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan Vokasional dibentuk dan telah menghasilkan buku panduan bertajuk Handbook on Training Facilities in the Federation of Malaya (Amla et al., 2006).Laporan Kabinet 1979 telah menyarankan agar perkhidmatan guru-guru panduan kerjaya ini diperluaskan kepada aspek tingkah laku pelajar juga, bukan terhad kepada kerjaya sahaja. Unit Hal Ehwal Murid disarankan ditubuhkan di sekolah-sekolah yang ada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).


Para hadirin yang dimuliakan.
Dalam ceramah ini saya akan menjelaskan tentang empat aspek penting yang merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:
a)      Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk murid-murid khas
b)      Peranan guru kaunselor serta semua guru yang lain di sekolah untuk sama-sama melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
c)      Matlamat bimbingan dan kaunseling
d)     Jenis-jenis kaunseling yang  boleh dijalankan
e)      Penerangan secara ringkas perundangan dan etika kaunselor

Sebelum saya menerangkan tentang peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saya akan menerangkan sedikit tentang murid-murid yang dikatakan menghadapai masalah pembelajaran. Siapakah mereka? Mereka yang menghadapi masalah pembelajaran didefinisikan sebagai disfungsi yang mengganggu seseorang itu untuk menyimpan, memproses mahupun menghasilkan maklumat. Masalah pembelajaran boleh membantut ataupun menghalang pembelajaran. Mereka ini lemah di dalam kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, atau membuat kiraan matematik. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mungkin menghadapi masalah dalam bacaan petikan kefahaman, pertuturan, atau kemampuan berfikir.
Ciri-ciri berikut mungkin dapat dikesan pada seseorang kanak-kanak bermasalah pembelajaran:
(i) Tingkah laku yang tidak bersesuaian untuk keadaan tertentu.
(ii) Perbezaan angin atau perasaan hati (mood) yang amat jauh
variasinya.
(iii) Kemahiran organisasi yang ketara lemah atau tidak wujud
langsung.
(iv) Kegagalan untuk melihat kesan kepada tindak-tanduknya.
(v) Kekok mengguna peralatan seperti gunting atau pensel.
(vi) Mudah terganggu/beralih perhatian.
(vii) Hiperaktif.
(viii) Masalah koordinasi persepsi.
(ix) Gemar mengikut gerak hati.
(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan
(viii) Masalah koordinasi persepsi.
(ix) Gemar mengikut gerak hati.
(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan.
(xi) Sukar untuk membuat pentakulan.
(xii) Harga diri yang rendah.
(xiii) Bermasalah dalam hubungan sosial.
(xiv) Menghadapi masalah dalam satu atau lebih bidang akademik.
(xv) Sukar untuk memulakan atau menyelesaikan tugasan.
(xvi) Prestasi ujian yang sukar diramal.
(xvii) Kekurangan dalam ingatan aural sequential.
(xviii) Kesukaran memproses perkara yang didengari.

Justeru, mereka ini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana unit ini boleh memberi pelbagai perkhidmatan kepada mereka seperti perkara di bawah:
  1. Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
  2. Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.
  3. Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.
  4. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.
  5. Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
  6. Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
  7. Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
Di samping itu terdapat juga perkhidmatan sokongan lain yang disediakan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini iaitu memberi perkhidmatan:
Ø  Penempatan -iaitu membantu murid-murid khas yang berkemahiran tertentu memilih kerjaya yang sesuai dengan mereka
Ø  Perundingan dan rujukan – iaitu membantu ibu bapa murid-murid dalam hal kebajikan anak-anak mereka
Ø  Penyelarasan sumber – merancang pelbagai aktiviti  bimbingan dan kaunseling yang boleh membantu murid-murid pendidikan khas.
Ø  Perbincangan dengan ibu bapa – mengadakan sesi perjumpaan yang mesra dengan ibu bapa untuk sama-sama berbincang tentang permasalahan anak-anak mereka bagi meringankan bebanan mereka
Ø  Perkhidmatan penilaian – iaitu menilai program bimbingan dan kaunseling yang digunakan di dalam pendidikan khas untuk mengenal pasti kesesuaian
Ø  Perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan dadah – memberi penerangan kepada murid-murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada kesihatan mental dan fizikal.
Para hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang saya terangkan di atas tentang peranan unit bimbingan dan kaunseling yang memainkan peranan penting untuk mencorak kehidupan anak tuan-tuan dan puan-puan semasa berada di sekolah ini. Pendorong dan kekuatan unit ini banyak bergantung kepada penggerak utamanya iaitu guru kaunseling yang dinamakan kaunselor.

Untuk pengetahuan para hadirin sekelian, perlantikan rasmi sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa adalah berdasarkan kelayakan akademik dan berkemungkinan mereka juga mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling. Terdapat beberapa pandangan tentang sifat atau ciri-ciri untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling yang berjaya. Berdasarkan aspek bimbingan dan kaunseling dalam perspektif Islam, sifat-sifat guru bimbingan dan kaunseling adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah, jujur dan ikhlas, benar, adil, pemurah dan ramah-tamah, sabar dan tenang, adab dan akhlak, percakapan dan interaksi, toleransi, murah hati dan dermawan, merendah diri, tidak munafik, sentiasa ingin membantu, menepati janji, berilmu serta terlatih dan sesuai (Aziz Salleh, 1994). Hal ini sepatutnya dijadikan suatu kriteria dalam pemilihan untuk perlantikan sebagai kaunselor. Dalam usaha menolong atau memberikan bimbingan kepada klien, sifat yang perlu ada kepada pembimbing digariskan dalam Islam melalui kitab suci Al-Quran, Surah at-Taubah : 71 :”Dan orang lelaki dan perempuan yang beriman, di antara mereka menjadi pemimpin kepada yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang daripada mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang.”Gambaran sifat mulia yang perlu ada sebagai pembimbing Islam diperjelaskan lagi melalui Surah al-Imran : 104 :”Wajiblah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang berbuat perkara yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya ( bahagia).”

Seperti yang diketahui umum, perkembangan sahsiah murid-murid khas memerlukan bimbingan yang lebih berbanding golongan murid normal. Dengan keadaan fizikal atau mental mereka, menyebabkab mereka sering menghadapi masalah perasaan rendah diri (inferiority complex) yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. Peranan kaunselor adalah untuk membawa perubahan positif di dalam diri murid itu agar menerima diri mereka seadanya dan membentuk perasaan positif di dalam diri. Pelbagai program boleh dirancang dan dijalankan oleh kaunselor untuk mengatasi masalah ini. Personaliti individu adalah dinamik, yakni sikap seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut kehendak dan keperluannya. Kaunselor melalui proses kaunselingnya, boleh mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif, dan program perubahan tingkah laku ini amat berguna kepada program pendidikan khas. Oleh kerana keadaan dan kemampuan semula jadi murid-murid itu menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelbagai perkara, proses mempercepatkan perubahan sikap ini sangat banyak membantu pertumbuhan mereka terutama sekali dalam proses pembelajaran. Kaunseling yang diberi selalunya dalam bentuk perbualan, sama ada melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok ataupun kaunseling klinikal. Kaunselor akan menentukan kesesuaian jenis kaunseling kepada individu itu melalui keperluan dan kehendaknya. Kaunselor boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah murid-murid dari segi jangka pendek. Sekiranya seorang murid itu menghadapi masalah penyesuaian peringkat awal di sekolah, murid itu boleh dirujuk kepada kaunselor untuk mengubah sikap atau pendekatan dirinya supaya dia boleh diterima oleh rakan sebaya di sekolah itu di samping dia boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru. Kaunselor juga boleh memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong murid-murid menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain, untuk penyelesaian masalah jangka panjang.

Para hadirin sekalian,


Unit bimbingan dan kaunseling mempunyai beberapa matlamat untuk membantu kliennya. Di antara matlamat kaunseling ialah:
a)Membantu klien membuat perubahan tingkah laku
Kaunselor akan berusaha untuk membantu kliennya mengubah tingkah laku daripada tingkah laku yang tidak diingini (negatif) kepada tingkah laku yang positif iaitu kepada kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Satu aspek penting yang perlu digabungjalinkan dalam melaksanakan semua aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penyerapan amalan nilai murni. Dalam buku Panduan Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia (1993), telah menetapkan bidang agama dan moral dengan tugas perkembangannya mengandungi nilai-nilai, seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat Pelaksanaan penyerapan amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah selari dengan konsep nilai merentasi kurikulum, kurikulum tersembunyi, penyerapan nilai Islam dan penyerapan nilai murni. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 2: yang bermaksud”Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” Justeru kaunselor membantu kliennya untuk menyerap nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka, seperti menghormati ibu bapa dan bercakap benar.
b)Meningkatkan mutu perhubungan
Perhubungan sosial sangat penting kepada semua orang termasuklah murid-murid bermasalah pembelajaran ini. Bagi seseorang kanak-kanak yang kurang upaya ini, perhubungan dengan ibu bapa mereka adalah sangat penting. Jika hubungan mereka mesra dengan ahli keluarga, peningkatan nilai kehidupan lebih meningkat. Hubungan kekeluargaan merupakan titik asas kepada hubungan-hubungan lain yang dilaluinya dalam komunitinya kelak. Dalam sesi kaunseling, kaunselor akan membantunya menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebayanya melalui kaunseling kelompok. Mereka juga akan diajar teknik-teknik berkomunikasi dan memberi ruang untuk mereka berinteraksi dengan orang lain termasuklah berinteraksi dengan ahli keluarga.
b)Pengurusan Diri
Pengurusan diri untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih berfokus kepada kemahiran dan adap seperti adap makan, kebersihan diri dan pakaian. Bimbingan dan kaunseling akan mengajar kanak-kanak ini menggunakan pelbagai kemahiran untuk membantu mereka mengurus diri seperti bagaimana untuk kelihatan cantik dan bersih, bagaimana menggunakan tandas dengan cara yang betul dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan. Kaunselor hanya membantu sedaya upaya, tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranannya di rumah. Sesungguhnya ilmu dan kemahiran itu tidak tertumpu di sekolah sahaja. Tanggungjawab ini juga perlu dipikul oleh keluarga murid tersebut.
d)Kemahiran membuat keputusan
Membuat keputusan yang rasional adalah amat rumit apatah lagi oleh kanak-kanak ini, justeru kaunselor sekolah akan membantu mereka membuat keputusan yang rasional. Kaunselor akan melatih kanak-kanak ini secara langsung dan tidak langsung dan membantu mereka membuat keputusan dengan cara berlemah lembut dan berhikmah. Hal ini selaras dengan kenyataan dalam Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling: Kaunselor di sekolah dapat membantu para pelajar dengan cara memberikan proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar-pelajar dibimbing untuk memperoleh pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan memberi pengetahuan dan kesepaduan psikososial pelajar-pelajar, kerana pelajar bukanlah manusia kognitif semata-mata sebaliknya mereka mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993). Kaunselor akan membantu kanak-kanak ini meningkatkan kematangan fikiran mereka dengan bijak.
e) Pengembangan potensi
Ada di antara kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini  yang mempunyai akademik yang membanggakan seperti murid pintar cerdas, tetapi ramai di antara mereka yang telah menunjukkan prestasi akademik yang sangat lemah, seperti kanak-kanak Autisme dan Down Sindrom. Mereka yang lemah inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar dapat memperkembangkan potensi diri. Jika mereka ini dibiarkan begitu sahaja tanpa motivasi, mereka akan terus lemah dan patah semangat untuk meneruskan kehidupan mereka. Justeru dengan penuh berhemah, kaunselorlah yang akan memainkan peranan penting dalam memotivasikan kanak-kanak ini.

Para hadirin yang dimuliakan
Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses gabungan di antara membimbing dan memberi kaunseling untuk menolong individu untuk memahami dirinya dan dunianya. Proses bimbingan dan kaunseling menunjukkan satu masa berpanjangan, berlanjutan dan berterusan bagi mencapai matlamat tersebu (Shertzer & Stone, 1980). Terdapat beberapa jenis kaunseling yang boleh diaplikasikan di sekolah antaranya ialah kaunseling individu kaunseling keluarga dan kaunseling kelompok.

  • Kaunseling Individu
Kaunseling individu boleh ditakrifkan dengan pelbagai takrifan, menurut Zuraidah Abdul Rahman (2002) beliau telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien untuk mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan melalui ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperlu dan perasaan klien. Manakala Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien. Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasikan konflik, atau penentangan yang belum diselesaikan. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

  • Kaunseling kelompok
Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut Zuraidah (2004) pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu.   

Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang negatif. Contoh kaunseling kelompok ialah kelompok kerjaya, kelompok latihan dan bimbingan.

  • Kaunseling Keluarga

Mengikut pandangan Shaffer (1998) keluarga sebagai satu sistem sosial yang dianggotai oleh seorang wanita, yang berperanan sebagai isteri atau ibu, suami atau ayah, dan anak, atau adik beradik. Bagi Schvaneveldt (1970), keluarga telah didefinisikan sebagai merangkumi seorang atau lebih lelaki, yang tinggal dengan seorang, atau lebih wanita dalam perhubungan yang direstui oleh masyarakat dalam perhubungan seksual, yang diiktiraf berserta dengan hak dan tanggungjawab mereka bersama dengan anakanak mereka. Burgess (1926) dan Kamarovsky dan Waller (1945) menyatakan bahawa keluarga adalah satu unit, atau kesatuan yang personalitinya sering berinteraksi di antara satu dengan yang lain. Jika diamati definisidefinisi keluarga yang telah diberikan oleh tokohtokoh barat, terdapat ruang kosong atau kelompangan dalam suasana masyarakat serta Agama Islam khasnya, maka mengikut Islam definisi keluarga dijelaskan sebagai mempunyai struktur yang tertentu dan diikat oleh perhubungan perkahwinan yang sah dan pertalian darah. Perhubungan ini meliputi jangkaan bersama dari segi hak dan tanggungjawab, selaras dengan ajaran Islam, Keutuhan sesebuah keluarga berpandukan mentaati undangundang Allah S.W.T dengan penuh keimanan dan ketakwaan (Hammudah‘Abd.Al’Ati, 1985).Maka dapatlah disimpulkan bahawa keluarga merupakan sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar yang terdiri daripada sekumpulan
manusia lelaki dan wanita..


Para hadirin yang dihormati,

Seseorang kaunselor yang telah dilantik mestilah telus, kerana mereka mempunyai kod etika yang memantau pergerakan mereka. Kod etika adalah satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli dalam sebuah badan profesional. Ia juga menggariskan bagaimana ahli-ahlinya harus bertingkah laku, terutamanya dalam hubungan dengan klien atau orang yang memerlukan perkhidmatan. Seterusnya dalam menjalankan tugas, kaunselor yang terlibat adalah tertakluk kepada akta kaunselor yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 (Undang-undang Malaysia 1998). Sebagai seorang kaunselor yang berdaftar, adalah wajib bagi kaunselor itu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam akta kaunselor yang telah diluluskan. Secara umumnya, etika ini memberitahu kaunselor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional. Selain daripada itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah laku yang menyeleweng ialah seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang tidak dimilikinya,

Seterusnya PERKAMA menggariskan empat perkara utama dalam kod tata laku
yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor:
1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan
identiti sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.
2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh
Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan
sokongan perundingan (consultative support).
A. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien.
1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu atau klien kelompok.
2. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan menyebabkan klien atau orang-orang di persekitarannya.
3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
4 Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
6 Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
7 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal & mental atau dikriminasi dalam bentuk apa sekali pun.
B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.
2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.
3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.
4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.
4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.
6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dangan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.
7. Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmtannya.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Secara umumnya dapat dilihat peranan unit bimbingan dan kaunseling adalah untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran ini mengharungi kehidupan mereka dengan lebih baik. Penubuhan unit ini juga sangat relevan dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat tersebut. Peranan besar kaunselor dalam konteks intervensi masalah murid-murid khas ialah bertujuan untuk membantu meringankan masalah murid-murid tersebut dan keluarga yang bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan di samping mengelakkan berlakunya kes penderaan yang membawa risiko timbulnya pelbagai masalah. Justeru itu kaunseling dilihat sebagai salah satu terapi yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi murid-murid bermasalah pembelajaran menghadapi kenyataan hidup, bahawa hidup perlu diteruskan walau apa pun keadaan seseorang itu. Namun ia perlulah diingatkan dan difahami di sini ialah tentang keberkesanan proses kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenang-wenangnya di atas tanggungjawab kaunselor semata-mata. Keberkesanannya adalah sesuatu yang subjektif dan ianya memerlukan kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan juga. Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi adalah perkara yang amat penting. Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya proses kaunseling tidak akan memberi sebarang makna.

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa kerjasama di antara kaunselor dan klien merupakan asas keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam mencapai matlamat kaunseling tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan  diminta memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini.
Setakat ini sahaja, penerangan saya tentang penubuhan unit bimbingan dan kaunseling ini.  Saya memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dalam ucapan saya, sekali lagi marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan misi ini. Saya sudahi dengan ucapan ini ” susah sama dipikul, senang  sama dijinjing, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.” Sekian. Terima kasih.